ZAKH kembali dengan single ketiga 'Sekali Saja'

Kumpulan duo ZAKH dianggotai Kamal (kiri) dan Ahmad Zul Ariff kembali dengan single terbaru berjudul 'Sekali Saja.'
Kumpulan duo ZAKH dianggotai Kamal (kiri) dan Ahmad Zul Ariff kembali dengan single terbaru berjudul 'Sekali Saja.'
A
A
A

MELAKA - Sambutan memberangsangkan diterima sebelum ini telah membangkitkan semangat kepada kumpulan duo dari Melaka, ZAKH melancarkan lagu single ketiga mereka.

Kumpulan dianggotai Zul Ariff, 36, dan Kamal Hamidi, 31, bakal muncul dengan lagu berjudul 'Sekali Saja' sebagai buah tangan baharu untuk peminat, sekali gus kesibukan menguruskan Restoran Serambi Emak di Kota Fesyen MITC Ayer Keroh tidak menjadi alasan untuk kedua-duanya menghasilkan lagu tersebut.

Zul atau nama sebenarnya, Ahmad Zul Ariff Ismail, 36, berkata, single terbaru itu merupakan hasil idea dan lirik sentuhan Iswandy Atan, Ilusinasi dan Zul Ariff seperti dua single terdahulu mereka.

Menurutnya, lagu 'Sekali Saja' mengisahkan mengenai reda seorang lelaki yang kehilangan cinta sejati, namun definasi cinta itu tidak hanya terhad kepada pasangan kekasih semata-mata.

"Lagu ini juga boleh merujuk kepada cinta kekeluargaan dan juga berunsurkan kerohanian, di mana hilangnya rahmat dari ALLAH dan kemudian di ambang penyesalan.

"Kami harap 'Sekali Saja' ini diterima oleh semua pendengar dan menjadi lagu meruntun jiwa yang boleh didengari bermula 26 Mei lalu di semua platform digital," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Ujarnya, peminat ZAKH juga boleh menonton lirik lagu menerusi saluran Youtube ZAKH Music dan turut berharap kolaborasi ketiga ini berjaya mendapat sambutan lebih dari 500,000 tontonan di YouTube seperti mana single kedua 'Jauh.'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!