SPRM tahan ahli Parlimen pembangkang, isteri

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Ahli Parlimen pembangkang dari Sabah bersama isterinya yang juga seorang pelakon.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah jutaan ringgit.

Memetik laporan Malaysiakini, pasangan itu kemudian dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.

“Difahamkan kes itu mempunyai kaitan dengan peranan Ahli Parlimen berkenaan sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan.

“Ahli Parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, manakala isterinya akan berdepan dengan pertuduhan kerana bersubahat,” kata sumber.

Tambah sumber itu lagi, pasangan berkenaan dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!