Perancis panggil Dembele, Nkunku perkuat Les Bleus

Dembele (depan) kembali menyertai Perancis bagi mengharungi kelayakan Euro 2024. - Foto EPA
Dembele (depan) kembali menyertai Perancis bagi mengharungi kelayakan Euro 2024. - Foto EPA
A
A
A

JURULATIH Perancis, Didier Deschamps menyenaraikan semula Ousmane Dembele dari Barcelona dan penyerang RB Leipzig, Christopher Nkunku untuk menyertai Les Bleus mengharungi dua perlawanan kelayakan Euro 2024.

Masalah kecergasan menyaksikan kedua-dua pemain itu terlepas aksi kelayakan pembukaan Perancis Mac lalu ketika mereka menewaskan Belanda, 4-0 di laman sendiri dan menang 1-0 di tempat lawan kepada Republik Ireland.

“Dia (Nkunku) sepatutnya berada dalam skuad Piala Dunia tetapi diketepikan kerana kecederaan, tetapi kini dia kembali dengan prestasi terbaik," tambah Deschamps.

Nkunku menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan terakhir Bundesliga musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu sudah bersedia untuk beraksi bersama Leipzig pada perlawanan akhir Piala Jerman menentang Eintracht Frankfurt hujung minggu ini.

Nkunku. - Foto AFP
Nkunku. - Foto AFP

Perancis akan menentang Gibraltar di Faro, Portugal pada 16 Jun dan pertembungan di tempat sendiri dengan Greece tiga hari kemudian, ketika mereka mendahului Kumpulan B dengan enam mata.

“Anda akan mengatakan saya sangat pragmatik, tetapi tiga mata pada aksi menentang Gibraltar mempunyai nilai yang sama ketika kami peroleh ketika menentang Belanda atau di Ireland,” kata Deschamps.

Bek tengah Chelsea, Wesley Fofana juga berada dalam skuad dan berharap untuk membuat penampilan sulung bersama Perancis selepas menarik diri daripada senarai Mac kerana kecederaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!