Kelantan ucap terima kasih kepada Anwar bantu selesai isu air
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membantu menyelesaikan isu air di negeri ini.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, pertemuan yang berlangsung di Putrajaya pada Khamis memperlihatkan komitmen kerajaan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan masalah tersebut.
"Mesyuarat yang diadakan bermula jam 9.30 hingga 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan beberapa pimpinan negeri yang lain," katanya.
Menurut beliau, mesyuarat tersebut memberikan fokus kepada perbincangan menyelesaikan isu bekalan air di Kelantan.
Ujarnya, perjumpaan itu turut membincangkan isu bekalan air di Sabah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!