Penumpang Air New Zealand kena timbang berat badan

Kaji selidik itu dlakukan setiap tempoh lima tahun. - Foto Agensi
Kaji selidik itu dlakukan setiap tempoh lima tahun. - Foto Agensi
A
A
A

WELLINGTON - Penumpang terpilih Air New Zealand akan diminta untuk menimbang berat sebelum menaiki penerbangan antarabangsa, di bawah tinjauan biasa yang akan dijalankan sehingga 2 Julai depan.

Sejak Isnin lalu, penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland telah merekodkan berat mereka dan bagasi masing-masing menggunakan penimbang skala digital sebelum menaiki pesawat.

Air New Zealand dalam satu kenyataan memberitahu, kaji selidik itu penting untuk operasi yang selamat dan cekap serta keperluan ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam.

"Peraturan mewajibkan tinjauan sedemikian dilakukan setiap tempoh lima tahun.

"Ia bukanlah pertama kali dilakukan oleh kami," lapor akhbar The New Zealand Herald memetik kenyataan syarikat penerbangan itu.

Data itu akan membantu juruterbang memahami berat dan keseimbangan muatan dalam pesawat sebelum berlepas.

"Kami timbang semua berat termasuk dari kargo, bagasi hingga makanan," kata pakar kawalan muatan syarikat penerbangan itu, Alastair James.

Data kira-kira 10,000 penumpang diperlukan untuk menjayakan kaji selidik tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!