Pelakon Pirates Of Caribbean dan Men In Black meninggal dunia
NEW YORK - Pelakon filem Pirates Of Caribbean dan Men In Black yang telah berkecimpung dalam filem dan televisyen selama enam dekad, meninggal dunia.
Sergio Calderon meninggal dunia di usia 77 tahun akibat sakit tua.
Jurucakapnya mengesahkan berita itu berkata, Calderon meninggal dunia pada Rabu di hospital di Los Angeles.
Calderon meninggalkan isterinya, Karen Dakin dan anak Patrick Calderon serta Johanna Calderon-Dakin.
Pelakon berasal dari Mexico terkenal kerana wataknya 'kepala diletakkan atas kayu' yang dipegang makhluk asing semasa membintangi filem Men In Black pada tahun 1997.
Calderon juga memainkan watak raja lanun Sepanyol iaitu Kapten Vallenueva dalam filem Pirate Of Caribbean 3: At World's End bersama Johnny Depp. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!