Lelaki maut dipanah petir ketika memikat burung

Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai dipanah petir ketika memikat burung di tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung pada petang Khamis.
Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai dipanah petir ketika memikat burung di tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung pada petang Khamis.
A
A
A

MARANG - Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai dipanah petir ketika memikat burung di tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung di sini pada petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Mohd Hasan Mohd Rani, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi rakannya, Mohamad Fadilah Jusoh, 37, dan Abdul Hisyam Muhamad mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian jam 7 malam.

"Difahamkan ketiga-tiga lelaki tersebut berada di kawasan itu untuk memikat burung sebelum hujan lebat bersama ribut petir melanda kawasan berkenaan.

"Mereka kemudian berlindung di bawah pokok berdekatan namun secara tiba-tiba petir menyambar salah seorang daripada mereka menyebabkan dua yang lain turut terkena tempias akibat panahan petir.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Payung," katanya di sini, pada Khamis.

Menurut Mohd Zain, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk siasatan lanjut manakala dua mangsa yang cedera telah mendapatkan rawatan.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!