Cuba rasuah polis RM60,000: Lelaki direman enam hari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan atas dakwaan cuba menawarkan wang rasuah berjumlah RM60,000 kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden.

Rasuah itu adalah bagi melepaskan dirinya yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan penipuan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, bermula hari ini hingga 7 Jun.

Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini ketika hadir memberi keterangan pada 10.40 malam tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!