Raja Thailand kahwini Jeneral Sutida

Permaisuri Sutida (baju putih) sering dilihat bersama Vajiralongkorn dalam kebanyakan acara rasmi.
Permaisuri Sutida (baju putih) sering dilihat bersama Vajiralongkorn dalam kebanyakan acara rasmi.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Thailand, hari ini mengumumkan perkahwinan bakal raja negara itu, Maha Vajiralongkorn tiga hari sebelum upacara pertabalan baginda.

Menurut dekri diraja, perkahwinan dengan Permaisuri Jeneral Sutida Vajiralongkorn dilangsungkan mengikut tradisi dan undang-undang.

Sutida, 40, berkhidmat dalam unit khas Pengawal Raja dan pernah menjadi kru kabin Thai Airways.

Sejak Vajiralongkorn, 66, mengambil alih takhta pada 2016 selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol Adulayej, wanita terbabit dilihat sering berada di sisi baginda dalam acara rasmi dan mengenakan pakaian seragam tentera berwarna putih.

Tetapi, hubungannya dengan Vajiralongkorn tidak pernah diumumkan secara rasmi.

Raja Thailand itu pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini dan bercerai dengan isteri ketiga, Puteri Srirasmi pada 2014 selepas mengikat tali perkahwinan selama 13 tahun.

Perceraian itu didakwa berlaku selepas beberapa ahli keluarga Srirasmi ditahan dalam skandal rasuah berprofil tinggi.

Pasangan tersebut turut dikurniakan seorang putera yang dijangka bakal menjadi pewarisnya.

Artikel Berkaitan:

Pertabalan Vajiralongkorn akan berlangsung selama tiga hari bermula Sabtu ini.

Keputusan rasmi pilihan raya umum pada 24 Mac lalu dijangka diumumkan pada 9 Mei ini. - South China Morning Post

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!