RCEP dikuat kuasa secara menyeluruh babitkan kesemua 15 ahli

 RCEP dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat. - Foto Global Times
RCEP dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat. - Foto Global Times
A
A
A

BEIJING - Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dikuat kuasa secara rasmi di Filipina pada Jumaat, menandakan kesemua 15 anggota meratifikasi perjanjian berkenaan, lapor Xinhua.

Pelaksanaan penuh RCEP mencerminkan keazaman dan tindakan 15 ahlinya -- 10 ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand -- dalam menyokong sistem perdagangan pelbagai hala yang inklusif, terbuka, bebas, adil serta berasaskan peraturan, menurut kementerian perdagangan China.

Perjanjian RCEP ditandatangani pada November 2020 oleh 15 negara Asia-Pasifik selepas lapan tahun rundingan.

Ia mula dikuat kuasa pada 2022, mewujudkan blok perdagangan terbesar di dunia.

Pelaksanaan penuh RCEP dijangka menyuntik momentum kukuh ke dalam integrasi ekonomi serantau, meningkatkan tahap liberalisasi dan kemudahan perdagangan dan pelaburan di Asia Timur, termasuk menyumbang kepada pembangunan stabil jangka panjang ekonomi serantau dan global, menurut kementerian perdagangan.

Pada 2022, perdagangan antara China dan anggota RCEP meningkat 7.5 peratus tahun ke tahun kepada 12.95 trilion yuan (kira-kira AS$1.82 trilion), manakala pelaburan mereka di China, meningkat 23.1 peratus kepada AS$23.53 bilion. -Bernama-Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!