Cemas lihat ular tedung kejar biawak dalam rumah

Seorang wanita berdepan detik cemas selepas melihat seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter sedang mengejar biawak di perabung rumahnya di Kampung Kandis, Pasir Puteh.
Seorang wanita berdepan detik cemas selepas melihat seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter sedang mengejar biawak di perabung rumahnya di Kampung Kandis, Pasir Puteh.
A
A
A
PASIR PUTEH - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas melihat seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter sedang mengejar biawak di perabung rumahnya di Kampung Kandis di sini.

Kejadian itu disedari mangsa yang berusia 52 tahun, semasa mahu ke tandas untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara tersebut pada jam 7.05 pagi.

"Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 7.22 pagi untuk kerja-kerja menangkap replitia tersebut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan yang dijalankan anggota bertugas mendapati ular seberat 10 kilogram tersebut dilihat berada di perabung rumah dan ia berjaya ditangkap.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!