Penyerang Universiti North Carolina didakwa

Kejadian tembakan itu berlaku pada hari terakhir semester pengajian.
Kejadian tembakan itu berlaku pada hari terakhir semester pengajian.
A
A
A

CHARLOTTE - AMERIKA SYARIKAT. Universiti North Carolina (UNC) di Charlotte membuka semula kampus itu hari ini sehari selepas seorang lelaki bersenjata menembak mati dua mangsa dan mencederakan empat yang lain pada hari terakhir semester pengajian.

Polis di Charlotte turut mendakwa suspek, Trystan Andrew Terrell, 22, dengan dua pertuduhan membunuh dan empat tuduhan cubaan membunuh.

Difahamkan, tiga daripada empat mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Polis masih menyiasat motif suspek dan tidak mendedahkan identiti mangsa.

Kejadian serangan tembakan itu berlaku pada jam 5.40 petang (waktu tempatan) semalam.

Lelaki bersenjata itu berjaya ditangkap pihak berkuasa kampus yang bertindak segera selepas mendapat panggilan kecemasan.

Menurut laman UNC, terdapat lebih 26,500 pelajar dan 3,000 kakitangan fakulti serta staf di pusat pengajian tersebut.

Insiden tersebut berlaku tiga hari selepas seorang lelaki bersenjata menyerang tempat ibadah orang Yahudi di Poway, California dan menyebabkan seorang maut.

Artikel Berkaitan:

Pada 16 April 2007, kejadian tembakan paling berdarah di pusat pengajian tinggi AS dilaporkan berlaku di Virginia Tech University di Blacksburg, Virginia di mana 32 pelajar maut ditembak penyerang yang kemudiannya menembak mati dirinya sendiri. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!