Sultan Johor terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto di Istana Bukit Serene di sini pada Jumaat.
Berangkat sama ke pertemuan tersebut, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Dalam pertemuan yang berlangsung lebih satu jam, Sultan Ibrahim turut berkenan meraikan tetamu Baginda dalam satu majlis santapan tengah hari.
Prabowo juga merupakan sahabat karib Sultan Ibrahim yang dikenali lebih 40 tahun lalu, sejak zaman latihan ketenteraan di Fort Bragg dan Fort Benning, Amerika Syarikat pada 1980-an.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!