22 terbunuh, 7 cedera dalam nahas di Botswana
GABORONE -- Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di bahagian timur laut Botswana pada Jumaat, lapor Xinhua memerik kenyataan polis.
Superintenden Robert Mmese, seorang pegawai kanan di bahagian utara Botswana berkata kemalangan itu berlaku apabila sebuah trak bertembung dengan sebuah bas mini di jalan barat laut Francistown, bandar kedua terbesar di Botswana.
Punca kemalangan sedang disiasat, katanya. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!