Gagal ujian pernafasan kerana durian
BEIJING - CHINA. Gara-gara makan durian dalam kuantiti yang banyak, seorang lelaki di China didakwa gagal menjalani ujian pernafasan alkohol.
Menurut laman video Pear Video, lelaki di daerah Rudong, wilayah Jiangsu itu ditahan polis kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol pada 17 April lalu.
Dia turut berang kerana gagal dalam ujian itu.
"Saya baru lepas makan durian!" jerit lelaki itu yang mana gelagatnya turut dirakamkan.
Ujian darah yang dilakukan ke atasnya bagaimanapun membuktikan dia bebas alkohol.
Insiden itu menyebabkan polis tempatan melakukan 'ujian sendiri'.
Dalam siasatan pada 29 April lalu, Pear Video menunjukkan seorang anggota polis menjalani ujian pernafasan tersebut selepas memakan beberapa ulas buah durian dan tahap paras alkohol lelaki itu adalah 36 miligram (mg) untuk setiap 100 mililiter (ml).
Paras alkohol dalam darah yang dibenarkan di China adalah 0.02 peratus atau kira-kira 20 mg untuk setiap 100 ml. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!