Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun

Kerajaan akan melaksanakan semula PKS sebagai salah satu inisiatif bagi memperluaskan bilangan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan hasil negara. - Gambar hiasan
Kerajaan akan melaksanakan semula PKS sebagai salah satu inisiatif bagi memperluaskan bilangan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan hasil negara. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan semula Program Pengakuan Sukarela (PKS) sebagai salah satu inisiatif bagi memperluaskan bilangan pembayar cukai, meningkatkan tahap pematuhan cukai dan hasil negara.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, PKS memberi peluang kepada orang ramai untuk secara sukarela membayar cukai yang bertanggungan tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.

"Ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mulai 6 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024,” kata kementerian itu.

Butiran lanjut dan terperinci mengenai pelaksanaan PKS boleh didapati melalui laman sesawang rasmi JKDM dan LHDNM. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!