Lebih 200 maut, ratusan cedera kereta api bertembung di India
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 207 orang terbunuh manakala 900 lagi cedera akibat kemalangan kereta api di wilayah Odisha India pada petang Jumaat,” menurut ciapan ketua setiausaha wilayah Pradeep Jena, di Twitter.
Sebuah kereta api penumpang bertembung koc kereta api lain yang tergelincir di timur India, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Presiden India, Draupadi Murmu melahirkan rasa dukacita dan berkongsi kesakitan dan kehilangan orang tersayang.
"Semoga mangsa yang cedera segera pulih," menurut ciapan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Beliau memberi jaminan bahawa "semua bantuan yang sewajarnya" akan diberi kepada mereka yang terjejas. - Bernama
Distressed by the train accident in Odisha. In this hour of grief, my thoughts are with the bereaved families. May the injured recover soon. Spoke to Railway Minister @AshwiniVaishnaw and took stock of the situation. Rescue ops are underway at the site of the mishap and all...
— Narendra Modi (@narendramodi) June 2, 2023
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!