Penyokong serang pemain Rodez sehingga pengsan

Buades (tengah) terbaring selepas diserang penyokong tuan rumah. FOTO: AFP
Buades (tengah) terbaring selepas diserang penyokong tuan rumah. FOTO: AFP
A
A
A

KUNJUNGAN Rodez ke Bordeaux dalam aksi Divisyen Dua Perancis pada Sabtu dihentikan selepas hanya 23 minit berlangsung apabila pemain pelawat, Lucas Buades pengsan selepas diserang penyokong tuan rumah.

Pemain tengah, Buades meraikan golnya yang meletakkan pasukannya di hadapan 1-0 sebelum dia diserang oleh penyokong Bordeaux yang menceroboh padang.

"Pemain tersebut tidak boleh meneruskan permainan kerana mengalami gegaran otak.

"Kami telah menghormati peraturan, dan permainan tidak akan dimulakan semula," kata pengadil Nicolas Rainville kepada pemberita.

Beraksi pada perlawanan terakhir Ligue 2 musim ini, Bordeaux mempunyai harapan untuk kembali ke Ligue 1 manakala Rodez mengintai untuk kekal di Divisyen Dua itu.

Susulan keputusan pengadil, Liga Bola Sepak Profesional Perancis (LFP) akan mengadakan mesyuarat suruhanjaya disiplin pada hari Isnin untuk melihat langkah seterusnya yang akan diambil.

"LFP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap pemain ini dan berharap Lucas Buades segera pulih," kata LFP dalam satu kenyataan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!