Tokoh As Syafie SMKA Kedah digelar pakar Matematik, Sains

Muhammad Syamil menerima Anugerah Tokoh As Syafie daripada Exco Pendidikan Dr Salmee Said di Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Agama Kedah 2019.
Muhammad Syamil menerima Anugerah Tokoh As Syafie daripada Exco Pendidikan Dr Salmee Said di Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Agama Kedah 2019.
A
A
A

ALOR SETAR - Benarlah kata orang, tanpa usaha tiadalah kejayaan.

Dengan usaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat dan jemu telah meletakkan nama Muhammad Syamil Roslan Al-Hafiz,18, sebagai Tokoh As Syafie di Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah 2019, baru-baru ini.

Memperoleh 10A+ 1A 1B+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 lalu, Muhammad Syamil juga merupakan pelajar terbaik 2018 bagi sekolah berkenaan.

Ditanya apakah pendorong kepada kejayaannya, Muhammad Syamil berkata, fokus semasa guru mengajar di kelas adalah senjatanya selama ini.

"Tidak ada rahsia tertentu dalam kejayaan ini, cuma saya tidak suka membuang masa begitu sahaja.

"Saya akan sentiasa membawa bahan bacaan ke mana-mana sahaja saya pergi," katanya.

Muhammad Syamil bergambar bersama ibu bapanya yang banyak memberi sokongan dan motivasi dalam pelajarannya
Muhammad Syamil bergambar bersama ibu bapanya yang banyak memberi sokongan dan motivasi dalam pelajarannya

Anak sulung kepada pasangan guru, Roslan Ghazali,dan Shaflina Shahabudin,47, ini berkata selain ibu bapa, pengurusan sekolah, guru-guru serta barisan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mantap juga antara pendorong semangatnya selama ini.

Artikel Berkaitan:

"Tapi yang paling penting saya akan memberi fokus yang sangat tinggi ketika guru mengajar di dalam kelas.

Dalam pada itu, ayahnya Roslan yang juga Guru Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Baru berkata, anaknya bergelar al-Hafiz sejak berada di tingkatan empat dan merupakan anak yang sangat baik.

"Sejak kecil dia tidak banyak karenah dan sangat menghormati ayah, ibu dan guru-guru.

"Dia juga gemar mencari maklumat terkini dan sentiasa ingin tahu tentang sesuatu perkara yang baharu.

"Hobi dia ini menyebabkan dia digelar pakar bidang Matematik dan Sains oleh rakan-rakan sebaya, malah turut menjadi idola oleh pelajar-pelajar junior," katanya.

Katany lagi, jika waktu cuti, Muhammad Syamil akan memperuntukkan masa yang lebih untuk membaca al Quran di waktu pagi serta menyelesaikan soalan-soalan Matematik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sehingga lewat malam kerana sangat meminati subjek Matematik.

"Saya lihat, kerana minatnya itu, dia berjaya jadi juara Olympiad Matematik Peringkat Negeri Kedah dengan menewaskan pelajar dari sekolah terkemuka yang lain," katanya.

Roslan dan isterinya yang juga seorang tenaga pengajar di SMK Agama Kedah sentiasa mendoakan kejayaan Muhammad Syamil dan tidak menghalang minat anak mereka yang berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

"Sebagai ibu bapa kami mengharapkan dia sentiasa komited dan konsisten terhadap pencapaian yang telah digarap dengan baik dan cemerlang serta meneruskan kecemerlangan ini dalam setiap bidang yang diceburi demi sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan mendapat rahmat daripada ALLAH SWT," katanya.

INFO * Dinobat sebagai Ikon Guru Muda Peringkat Sekolah * Juara pertandingan Olympiad Matematik Peringkat Negeri Kedah. * Pelajar Terbaik SPM 2018 SMK Agama Kedah * Bergelar al-Hafiz sejak berusia 16 tahun * Menerima Anugerah Emas Peringkat Antarabangsa,sempena Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Kedah 2018.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!