Fadillah yakin hubungan dua hala Malaysia-Turkiye terus kukuh

Fadillah (kanan) selamat tiba di Turkiye bagi menghadiri Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan semula Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai Presiden Republik Turkiye untuk penggal ketiga.
Fadillah (kanan) selamat tiba di Turkiye bagi menghadiri Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan semula Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai Presiden Republik Turkiye untuk penggal ketiga.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yakin hubungan dua hala Malaysia-Turkiye akan terus kukuh di bawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan yang dilantik semula sebagai Presiden Turkiye ke-13.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Fadillah berkata, keyakinan itu berlandaskan hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara berkenaan.

"Alhamdulillah, tiba di Ankara jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) bagi mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan semula Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai Presiden Republik Turkiye untuk penggal ketiga.

"Saya turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Presiden Erdogan atas kemenangan beliau dalam pilihan raya Presiden Republik Türkiye baru-baru ini," katanya pada Sabtu.

Sinar Harian pada 29 Mei melaporkan, Erdogan menang pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye sekali gus melanjutkan pemerintahannya untuk lima tahun lagi.

Lembaga Pilihan Raya negara itu mengesahkan dengan 99 peratus undi selesai dikira, kiraan rasmi menunjukkan Erdogan peroleh 52.14 peratus sokongan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!