Tular pandu melulu, pemandu Myvi beri keterangan di balai polis

Kejadian yang tular di Facebook memaparkan sebuah Perodua Myvi memotong secara melulu di MRR2.
Kejadian yang tular di Facebook memaparkan sebuah Perodua Myvi memotong secara melulu di MRR2.
A
A
A

AMPANG - Seorang pemandu Perodua Myvi tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk memberi keterangan selepas tindakannya memotong barisan secara melulu ketika memandu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu telah tular di media sosial Facebook pada Jumaat.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (memotong barisan).

Polis rekod keterangan pemandu Perodua Myvi di Balai Trafik IPD Ampang Jaya pada Jumaat untuk siasatan kerana memotong secara melulu.
Polis rekod keterangan pemandu Perodua Myvi di Balai Trafik IPD Ampang Jaya pada Jumaat untuk siasatan kerana memotong secara melulu.

"Polis memohon pemilik video dashcam atau pemandu terlibat hadir ke mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, kejadian dipercayai berlaku pada Khamis lalu memaparkan sebuah Perodua Myvi memotong dua kenderaan dari sebelah kiri sebelum masuk semula ke laluan di hadapan secara melulu sebelum salah sebuah kenderaan membunyikan hon.

Perkara itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi terbabit menghayun tangan beberapa kali sebagai tanda tidak puas hati.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!