Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina
SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperincikan ruang pelaksanaan untuk melibatkan pelajar dalam siri pendidikan kebersihan di sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan memberikan impak dan nilai tambah kepada murid secara keseluruhan.
“Saya sambut baik saranan Perdana Menteri agar murid dilibatkan dalam siri pendidikan kebersihan di sekolah,” ciapnya di Twitter pada Sabtu.
Pada Sabtu, Anwar membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.
Anwar berkata, beliau telah mengarahkan KPM memeriksa tandas-tandas berkenaan bagi memastikan setiap murid bertanggungjawab terhadap kebersihan dan mendapat kemudahan yang selesa.
Tambah Fadhlina, sesi turun padang dan lawatan kerja di sekolah juga turut melibatkan semakan status kebersihan serta penyelenggaraan tandas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!