PRN referendum suara rakyat terhadap prestasi kerajaan - Hamzah

Sesi jelajah dialog dan penerangan Perikatan Nasional (PN) akan turun ke semua negeri yang terlibat dengan pilihan raya.
Sesi jelajah dialog dan penerangan Perikatan Nasional (PN) akan turun ke semua negeri yang terlibat dengan pilihan raya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal diadakan tidak lama lagi bukan sekadar untuk menentukan kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa bahawa PRN itu merupakan referendum suara rakyat terhadap prestasi buruk Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Ahli Parlimen Larut itu, gelombang rakyat kekal kuat bersama Perikatan Nasional (PN).

“Jentera kami juga sudah sepenuhnya bersedia.

“Bermula dengan Sungai Besar, Tanjung Karang dan Sabak Bernam sesi jelajah dialog dan penerangan Perikatan Nasional (PN) akan turun ke segenap pelusuk negeri yang terlibat dengan pilihan raya.

“Insya-ALLAH kami akan buktikan Perikatan Nasional adalah yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Enam buah negeri yang bakal mengadakan PRN tidak lama lagi adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!