Dikecam hina kereta, suami Fatin Afeefa jelas perkara sebenar

Aliff tampil menjelaskan serta memohon maaf berhubung tindakannya didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.
Aliff tampil menjelaskan serta memohon maaf berhubung tindakannya didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.
A
A
A

SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai akhirnya tampil menjelaskan serta memohon maaf berhubung tindakannya itu.

Katanya, video yang tular tersebut diambil secara spontan ketika acara sedang berlangsung dan tiada niat ingin menjatuhkan nama mana-mana pihak.

"Berhubung video saya yang sebelum ini viral (tular), saya ingin buat sedikit penjelasan. Video berkenaan dibuat sangat spontan ketika waktu itu.

"Sebenarnya kenyataan yang dibuat pada waktu itu ditujukan kepada kawan-kawan saya yang bawa kereta Mustang, kereta AMG yang datang pada hari itu dan tidak dapat masuk untuk sertai event pada hari itu.

"Bukan secara terbuka untuk hentam mana-mana individu mahupun kumpulan yang membawa kereta tersebut.

"Memang sangat spontan, semua orang juga tengah berseronok ketika itu. Tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Saya mohon maaf," katanya.

Permohonan maaf itu dibuat Opai menerusi satu hantaran video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.

Terdahulu, Opai dilihat menyertai satu acara pertunjukan 100 buah supercar yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

Opai kemudian memuat naik sepotong video dengan berpesan kepada pemilik kereta bukan jenis supercar supaya tidak hadir pada acara berkenaan.

Antara kereta yang disebutnya dalam video itu termasuk jenis FK8R, AMG, Mustang dan Honda pekak.

Selain netizen dan selebriti, video tersebut turut mendapat perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman apabila baginda menasihati agar tidak bersikap sombong serta memandang rendah pada mana-mana pemilik kereta tanpa mengira jenis kenderaan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!