Senheng sasar jualan 1.2 juta unit Bio Pure N-Series
Heng Lim (dua dari kiri) dan Michael (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat pada majlis pelancaran Bio Pure Water di SenQ One Utama, Petaling Jaya, semalam.
A
A
A
Pengarah Urusannya Senheng Electrical (KL) Sdn Bhd (Senheng), Lim Kim Heng optimis sasaran itu akan dicapai berikutan hanya 10 peratus penggunaan sistem penulenan air berada dalam pasaran tempatan dan perniagaan ini berpotensi besar untuk diterokai.
Menurutnya, keyakinan Senheng terhadap sistem pembersihan air Bio Pure juga mendorong SenQ menceburi bidang perniagaan sistem penulenan air dan ia bertujuan untuk menambahkan kepelbagaian produk untuk pilihan pelanggan kami.
"Malaysia dianggap sebagai salah satu pasaran terbesar bagi pasaran penulenan air di Asia Tenggara, berjumlah kira-kira RM3.1 bilion dengan 892,000 unit dijual dalam tahun 2018 dan dijangka ia akan meningkat kepada RM4.2 bilion dengan jualan 1.2 juta unit akan dijual.
"Peningkatan kebimbangan mengenai kualiti air minuman dan kempen penulenan air yang komprehensif akan membantu meningkatkan permintaan sistem penulenan air pada masa akan datang," katanya pada pemberita selepas pelancaran Bio Pure Water Purifier di Petaling Jaya, semalam.
Kim Heng berkata, bermula 30 April sehingga 30 Jun 2019, Bio Pure N-Series boleh didapati di outlet SenQ dan Senheng sekitar Lembah Klang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!