United sanggup bayar RM244 juta untuk Mount

Mount
Mount
A
A
A

MANCHESTER United dilaporkan untuk cuba memancing pemain Chelsea, Mason Mount dan sanggup membayar £50 juta (RM244 juta) kepada kelab tersebut.

Spekulasi itu mula bertiup kencang dengan pengendali United, Erik ten Hag ingin membina kembali The Red Devils pada jendela perpindahan kali ini.

The Telegraph melaporkan bahawa United bersedia membayar nilai tersebut untuk mendapatkan Mount bulan ini berdasarkan beberapa penilaian tertentu.

Ia termasuk tempoh kontrak yang hanya tinggal setahun bersama Chelsea dan The Blues tidak akan beraksi di pentas Eropah musim depan.

Chelsea juga dikatakan berminat menjana pendapatan menjelang 30 Jun untuk mengurangkan kebimbangan 'Financial Fair Play' mereka selepas berbelanja besar dalam dua tingkap perpindahan pertama di bawah pemilikan baharu yang diterajui oleh Todd Boehly.

Rundingan antara Chelsea dan United dikatakan bermula selepas perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka baru-baru ini.

Bagaimanapun, United berkemungkinan gagal untuk menandatangani perjanjian Harry Kane kerana Tottenham Hotspur keberatan untuk menjual kepada pasukan di EPL.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!