Takaful CuepacsPA-Raya percuma untuk penjawat awam
Palanisamy
Zurich menawarkan perlindungan takaful CuepacsPA-Raya secara percuma kepada penjawat awam sempena Aidilfitri ini.
2nd1
2nd
A
A
A
Pengarah Urusan MyCuepacsCare, K Palanisamy berkata, penjawat awam yang menyertai program takaful CuepacsPA sebelum 19 Mei 2019 akan menikmati perlindungan percuma CuepacsPA-Raya walaupun sijil takaful mereka masih lagi tidak berkuat kuasa.
Beliau berkata, CuepacsPA-Raya menawarkan perlindungan sehingga RM220,000 kepada penjawat awam sekiranya mereka terlibat dengan kemalangan tidak dijangka sepanjang musim perayaan iaitu bermula pada 20 Mei hingga 19 Jun hadapan.
"Pemberian CuepacsPA-Raya percuma adalah selaras dengan hasrat CUEPACS untuk memastikan setiap penjawat awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful melalui pelancaran Program Mentakafulkan Penjawat Awam Melalui MyCuepacsCare oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
"Risiko berlakunya kemalangan ketika musim perayaan adalah tinggi berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. Kami berharap penjawat awam tidak membiarkan diri mereka 'kosong' tanpa sebarang perlindungan takaful semasa musim perayaan," katanya.
Jelasnya, antara manfaat yang ditawarkan melalui CuepacsPA-Raya adalah perlindungan untuk kemalangan sebagai penumpang pengangkutan awam atau kenderaan persendirian, pembunuhan, serangan, mogok, rusuhan dan kekacauan awam.
Penjawat awam yang mahu menyertai CuepacsPA-Raya boleh mendaftar di laman web www.cuepacspa.my atau menerusi lebih 500 wakil pemasaran MyCuepacsCare di seluruh negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!