Fahmi ucap tahniah kepada Ahmad Nawab

Fahmi memuat naik perkongsian di Facebook mengucapkan tahniah kepada Ahmad Nawab atas penganugerahan pingat membawa gelaran Tan Sri. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi memuat naik perkongsian di Facebook mengucapkan tahniah kepada Ahmad Nawab atas penganugerahan pingat membawa gelaran Tan Sri. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada komposer terkenal, Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan (Ahmad Nawab) atas penerimaan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Melalui hantaran di laman Facebook, Fahmi berkata, gelaran Tan Sri yang dikurniakan kepada Ahmad Nawab sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah suatu penghormatan.

"Tahniah buat komposer terkenal, Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan (Ahmad Nawab).

"Beliau antara penerima darjah kebesaran PSM yang membawa gelaran 'Tan Sri'. Suatu penghormatan yang besar buat anak seni tanah air, syabas Tan Sri Ahmad Nawab," katanya pada Isnin.

Ahmad Nawab antara 839 tokoh dan individu yang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2023 daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!