Suami maut tersepit, kereta langgar lori tangki

Kemalangan membabitkan Perodua Myvi dan lori tangki di Jalan Besar Panchang Bedena, pagi tadi. Gambar kanan: Anggota BBP Sungai Besar membantu mengeluarkan mangsa tersepit di Jalan Besar Panchang Bedena, pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM

A
A
A

SUNGAI BESAR – Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera di bahagian kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Besar Panchang Bedena, pagi tadi.

Lelaki terbabit yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu dipercayai gagal mengelak dan berlaku pelanggaran dengan sebuah lori tangki pada jam 5.58 pagi.

Mangsa mengalami kecederaan parah akibat tersepit di bahagian pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya berjaya dikeluarkan orang awam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar tiba di lokasi kejadian pada jam 6.05 pagi.

Anggota BBP Sungai Besar membantu mengeluarkan mangsa tersepit di Jalan Besar Panchang Bedena, pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM
Anggota BBP Sungai Besar membantu mengeluarkan mangsa tersepit di Jalan Besar Panchang Bedena, pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM

“Pasukan dengan kekuatan sembilan anggota diketuai komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Kamisan Marimin cuba mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan hydrulic rescue.

“Mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala pemandu lori tangki terbabit turut mengalami kecederaan di bahagian kaki,” katanya.

Katanya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan operasi ditamatkan pada jam 7.28 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!