SKMM kerjasama kekang video berunsur ajaran sesat

SKMM akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menangani penyebaran video berunsur ajaran sesat di negara ini.
SKMM akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menangani penyebaran video berunsur ajaran sesat di negara ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menangani penyebaran video berunsur ajaran sesat di negara ini.

SKMM dalam satu kenyataannya memaklumkan, tindakan tidak bertanggungjawab itu akan diatasi sebaiknya termasuk penyebaran video dari negara jiran yang tular di media sosial.

"Sebarang aduan berhubung penyebaran kandungan berunsur ajaran sesat yang diterima oleh SKMM daripada mana-mana pihak akan dirujuk kepada Jakim untuk penilaian lanjut.

"Malah pada masa yang sama, pihak SKMM sentiasa bersedia untuk memberi bantuan teknikal berdasarkan permohonan daripada pihak Jakim," kata kenyataan itu pada Selasa.

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau serta menyekat penyebaran sebarang video berunsur ajaran sesat termasuk dari negara jiran yang tular di media sosial.

Menterinya, Fahmi Fadzil menegaskan, SKMM akan bekerjasama dengan Jakim serta majlis-majlis agama negeri dalam usaha mengenal pasti dan mengekang penularan bahan seumpama itu.

Katanya, kerajaan akan memastikan bukan sahaja penularan disekat, tetapi mereka yang terbabit dalam penularan itu juga boleh diambil tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN:SKMM kekang penyebaran video 'Al Zaytun' - Fahmi

Ajaran sesat versi salam Yahudi dibimbangi menular di Malaysia

MAIS pandang serius, pantau ajaran pelik pesantren

Kecoh ajaran pelik pesantren

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!