Nasib Galtier bersama PSG cetus tanda tanya
MASA depan Christophe Galtier bersama Paris Saint-Germain (PSG) mencetuskan tanda tanya selepas dia mungkin digugurkan pada musim depan.
Perkara itu dimaklumkan oleh satu sumber bahawa perbincangan giat dijalankan bersama pengurusan kelab.
Jurulatih berusia 56 tahun itu melalui musim pertama yang suram biarpun membantu PSG meraih gelaran ke-11 liga Perancis.
Peguamnya enggan mengulas namun sumber mengesahkan bahawa Galtier tidak akan disenaraikan buat musim kedua bersama kelab Paris itu.
Mengulas spekulasi itu, Galtier memberitahu akan berbincang dengan pengurusan kelab pada minggu ini.
"Selepas itu kita akan lihat keputusan yang bakal diambil oleh pengurusan," katanya selepas aksi terakhir musim ini yang menyaksikan PSG tewas 2-3 kepada Clermont hujung minggu lalu.
Selepas aksi Sabtu lalu, Galtier diejek sebahagian penyokong di Parc des Princes ketika PSG meraikan gelaran yang merela menangi.
Selepas permulaan yang baik, PSG mengalami 10 kekalahan dalam semua kejohanan pada musim 2023.
Malah PSG juga tersingkir daripada Liga Juara-Juara pada kelompok 16 terakhir yang juga sasaran utama mereka.
Galtier berulang kali menyalahkan Piala Dunia Qatar akhir tahun lalu yang berlangsung pada pertengahan musim menyebabkan mereka hilang rentak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!