Warga emas OKU rentung atas katil

Keadaan rumah yang terbakar menyebabkan seorang warga emas OKU rentung.
Keadaan rumah yang terbakar menyebabkan seorang warga emas OKU rentung.
A
A
A

IPOH - Sorang wanita warga emas kurang upaya (OKU) ditemui rentung selepas rumahnya di Jalan Besi Kampung Baru Buntong terbakar, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 6.50 pagi itu, Lee Seo Noi, 66, ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Subri Hussin berkata, mangsa ditemui ketika kerja-kerja pemadaman dijalankan sebaik panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 6.56 pagi.

Menurutnya, rumah lot berkembar itu didiami dua beradik wanita, seorang daripadanya berjaya keluar menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

"Semasa kerja pemadaman dijalankan, kita dapat maklumat kemungkinan ada seorang mangsa terperangkap, sebaik ditemui, mangsa didapati telah meninggal dunia dengan kesan terbakar hampir 90 peratus," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Kakak mangsa yang terselamat masih berada dalam keadaan trauma dan terkejut.
Kakak mangsa yang terselamat masih berada dalam keadaan trauma dan terkejut.

Beliau berkata, kedudukan rumah yang terlalu rapat antara satu dengan lain menyebabkan risiko merebak lebih besar.

Katanya, kecekapan 25 anggota termasuk 10 dari Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru Ipoh yang dikejarkan ke lokasi berjaya mengawal api dalam tempoh lima minit.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 8 pagi dan buat masa ini, kerja-kerja overhoul sedang dijalankan bagi memastikan keadaan selamat.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Tinjauan ke lokasi mendapati, kakak mangsa yang terselamat, Lee Mei Zan, 71, masih berada dalam keadaan trauma.

Sementara itu, anak saudara mangsa dikenali Sum, 47, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 7 pagi.

Katanya, mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik tidak pernah berkahwin dan buta sebelah mata akibat kemalangan 20 tahun lalu.

"Akibat kemalangan sama juga, hampir separuh badannya ada kesan lecur air panas, sejak kemalangan itu dia memang sudah tidak bekerja dan dijaga oleh kakaknya di rumah ini.

"Hubungan kami sangat rapat, kali terakhir saya jumpa dia semalam dan kami sempat berbual panjang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!