Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33

Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas menerusi gandingan Chee Chaoming-Brady Chin dalam acara beregu lelaki ping pong Kelas 9 di Table Tennis Hall, Stadium Morodok Techo, malam ini. - Foto Bernama

A
A
A

KONTINJEN Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 pada Selasa sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu lelaki (kelas 9- masalah keseimbangan ringan) selepas menundukkan pasangan Filipina Linard Combras dan Benedicto Hernandez di Dewan Pingpong, Stadium Nasional Morodok Techo di sini.

Mereka cemerlang mencatatkan 11-8, 11-7 dan 11-8 pada aksi final untuk mengesahkan kemenangan pingat emas itu.

Terdahulu, emas ke-32 disumbangkan atlet olahraga Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menerusi acara 400 meter lelaki (T20- kecacatan intelektual).

Majlis Paralimpik Malaysia sebelum ini menyasarkan 33 pingat emas, 51 perak dan 58 gangsa pada penampilan di Kemboja. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!