Nourul Wahab selamat lahir anak keempat

Nourul Wahab. Foto: Instagram Nourul Wahab
Nourul Wahab. Foto: Instagram Nourul Wahab
A
A
A

PENYANYI Nourul Wahab selamat melahirkan anak keempatnya seorang bayi perempuan menerusi kaedah pembedahan pada 11.12 malam, Selasa lalu.

Bayi yang dilahirkan dengan berat 3.02kg ini diberi nama Isabella Depp. Berita gembira tersebut dikongsikan Nourul atau nama lengkapnya Noorul Huda Abd Wahab, 41, menerusi laman Instagramnya semalam.

“Alhamdulillah #isabelladepp selamat dilahirkan jam 11:12 malam tadi (Selasa) melalui pembedahan. Berat 3.02kg saja. Mak dia yang berat. “Satu lagi pemberian ALLAH yang sangat indah buat kami sekeluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nourul juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para peminat dan pengikut di laman Instagramnya yang mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

Penyanyi yang dikenali menerusi Kerana Terluka ini juga berjanji untuk berkongsi gambar cahaya matanya itu apabila tiba masanya. Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp, 54, pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 6, serta Raphael Depp, 4.

Sementara Ayu Nazirah, 21, pula merupakan anak sulungnya, menerusi perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!