Aaron Aziz teruja kongsi pentas dengan Chris Hermsworth

Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Hollywood, Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.
Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Hollywood, Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.
A
A
A

PELAKON terkenal Datuk Aaron Aziz menyifatkan peluang bertemu dengan pelakon Hollywood, Chris Hermsworth sebagai sebuah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Menerusi sebuah video di Instagramnya, Aaron dilihat menaiki pentas bersalaman dengan Chris dan Sam Hargrave.

“Alhamdulillah, inilah surprise yang abang katakan. Allah tahu yang terbaik. Aksi lawan gempak gila,” katanya menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Aaron turut memuji kehebatan filem lakonan aktor Hollywood itu yang digambarkan 1,000 kali lebih baik daripada dalam Fast X.

Pelakon berusia 47 tahun ini kini berada di Manila, Filipina memenuhi undangan tayangan perdana filem Extraction 2.

Turut menyertai undangan aktor Iedil Dzuhrie Alaudin yang menaiki pentas bersama Aaron. - Awani.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!