MR D.I.Y beri diskaun 30 peratus
KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad, (MR D.I.Y.) melalui inisiatifnya, 'Pilihan Berbaloi, Pilihlah Jenama MR D.I.Y.' memberikan diskaun harga sehingga 30 peratus melibatkan lebih 25 produk di seluruh cawangannya di Malaysia sepanjang bulan Jun.
Ketua Pemasaran Kumpulannya, Alex Goh berkata, MR D.I.Y. mempunyai lebih daripada 10,000 jenama rumah dan rangkaian label peribadi yang menampilkan pelbagai jenis keperluan harian yang diperolehi terus daripada pengeluar global yang bereputasi.
“Dengan mendapatkan sumber secara langsung, membeli secara pukal dan menggunakan analitik data yang ketat untuk menjangka permintaan pelanggan, MR D.I.Y. dapat mengekalkan harga kompetitif produk, sambil memberikan pelanggan jaminan kualiti.
"Nisbah kualiti harga inilah yang membuatkan pelanggan kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi," katanya dalam satu kenyataan.
Alex berkata, rakyat Malaysia pada hari ini bimbang mengenai peningkatan kos sara hidup dan inflasi yang semakin meningkat, yang memberi tekanan besar kepada belanjawan isi rumah dan mengehadkan pilihan yang tersedia untuk mereka.
“Sebagai peruncit tempatan, kami memahami perjuangan yang rakyat hadapi hari ini. Visi kami adalah untuk membina perniagaan mampan yang memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai,” katanya.
Rangkaian produk yang ditawarkan di bawah inisiatif ‘Pilihan Berbaloi, Pilihlah Jenama MR D.I.Y.’ termasuk cat semburan hitam berkilauan pada RM5.90, kotak simpanan boleh tindan 1.6 liter pada RM4.90 dan botol air 2 liter pada RM24.90.
Sebagai tambahan kepada rangkaian barangan jenama rumah yang disenaraikan di atas, anak syarikat kumpulan MR D.I.Y., MR. DOLLAR, juga menawarkan makanan ringan, minuman dan barangan keperluan rumah pada harga berpatutan dalam inisiatif itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!