Usia bukan penghalang Nana kahwin lelaki muda

Nana dan Khai
Nana dan Khai
A
A
A

PENYANYI, Siti Nordiana tidak dapat menepis takdir seandainya dijodohkan bersama penyanyi kesayangan ramai, Khai Bahar.

Menurut Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali Nana, peminat suka melihat apabila mereka rapat apatah lagi jika bersatu hingga ke jannah.

"Peminat ini... memang suka nak menjodohkan dengan artis yang mereka suka.

"Jadi perkara seperti itu saya memang tak boleh nak halang. Saya dengan Khai dah kenal lama sejak dari zaman dia suka smule lagi, malah show bersama.

"Hubungan kami memang baik tetapi tidak lebih daripada sebagai kawan. Tapi kalau dah dijodohkan dengan dia saya tak boleh nak buat apalah," katanya tersenyum.

Nana dan Khai
Nana dan Khai

Walaupun berbeza sembilan tahun lebih berusia, Nana, 34, tidak menolak jika itu sudah ketentuan-Nya.

"Bagaimanapun, usia itu bukan penghalang. Meski jarak usia jauh berbeza boleh sahaja berkahwin.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun ini semua kuasa Tuhan, kalau dah takdir dengan orang muda saya terima sahaja," jelasnya kepada Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!