Ismail Izzani bayar cukai
PENYANYI, Ismail Izzani, 19, sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang artis Budak Baru Nak Up (BBNU) perlu melunaskan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN).
Menurut pelantun lagu Luar Biasa itu, sebelum dia terjun ke dunia glamor ini lagi sudah dinasihatkan oleh ibunya yang juga merupakan penyanyi terkenal era 1980-an, Datin Suliza Salam.
"Saya rasa perkara itu sangat penting dan saya sendiri banyak dapat nasihat daripada mama.
"Sebelum saya masuk industri lagi, mama sudah banyak kali beri peringatan dan terangkan tentang manfaat LHDN kerana ia melibatkan masa depan.
"Oleh sebab itu, saya ambil sebagai tanggungjawab," ujar penyanyi remaja itu yang ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Ramadan Astro 'Live' 2019 di MeleTOP, Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.
Mengenai karier seni, Ismail baru sahaja tampil dengan single duet bersama pelakon, pengacara dan penyanyi, Zizan Razak berjudul, Berserah, lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap, Alif dan lirik oleh Ariz.
"Pada saya lagu ini membawa mesej mengajak orang ramai mengajak membuat kebaikan dan ingatlah kalau nak buat jahat ALLAH sentiasa memerhatikan kita," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!