Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah

Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gempa itu berlaku dengan kedalaman tiga kilometer.

"Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!