Polis rampas lebih 27kg syabu

Mohd Taib (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam bungkusan paket serbuk teh.
Mohd Taib (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam bungkusan paket serbuk teh.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis merampas 27.39kg dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1.5 juta susulan penahanan seorang lelaki berusia 32 tahun di Taman Impian Emas, dekat Skudai di sini kelmarin.

Rampasan dadah terbabit ditemui dalam bungkusan serbuk teh selepas lelaki terbabit ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sebuah premis perniagaan kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, polis tidak menolak kemungkinan rampasan dadah itu ada kaitan dengan rampasan di Seri Alam kerana menggunakan peket yang sama

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari dari 1 hingga 7 Mei ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Taib (dua dari kanan) pada ketika sidang media.
Mohd Taib (dua dari kanan) pada ketika sidang media.

"Kejayaan ini adalah hasil pemantauan dan risikan berterusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Taib berkata, IPD Johor Bahru Utara terutama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik akan terus memperhebatkan risikan dan operasi dalam membanteras pengedaran dadah.

"Selain itu, untuk tahun ini sehingga semalam kita berjaya membuat tangkapan seramai 630 orang atas pelbagai kesalahan dadah. Ia melibatkan rampasan dadah sebanyak 76.99 kilogram dengan nilai RM2.57 juta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!