Penduduk bimbang hakisan benteng

Juwairiya (tengah) meninjau keadaan benteng yang rebak akibat kerosakan sistem pembetung.
Juwairiya (tengah) meninjau keadaan benteng yang rebak akibat kerosakan sistem pembetung.
A
A
A

KUALA SELANGOR – Kerosakan struktur pembetung di Kampung Tanjong Keramat, di sini menimbulkan kebimbangan penduduk setempat lebih-lebih lagi benteng dilaporkan rebak akibat hakisan sungai sejak lebih sebulan lalu.

Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli menjelaskan, pihaknya menerima aduan mengenai kerosakan terbabit dan turun padang bersama agensi kerajaan untuk meninjau keadaan di kawasan itu.

“Hasil tinjauan mendapati, aduan penduduk berasas apabila terdapat kerosakan dan kebocoran kepada struktur pembetung yang sudah lama dan tanah di bahagian atas banteng pula rebak dalam keadaan serius.

“Bagi tindakan jangka pendek, pihak JPS ada memaklumkan kerja pembaikan semua tanah akan dibuat dalam masa terdekat manakala kerja menaik tarafkan struktur pembetung dan pintu air sedia ada untuk penyelesaian jangka panjang,” katanya.

Juwairiya yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor itu turut meninjau keadaan banteng Sungai Selangor yang dilaporkan berlaku hakisan teruk di belakang Taman Perumahan Kuala Selangor Utama.

“Risiko banteng pecah juga boleh membahayakan penduduk berhampiran dan hasil perbincangan, JPS akan membantu menambak ‘berm barrowpit’ dan memanjangkan cadangan naik taraf banteng Sungai Selangor kepada kerajaan negeri.

“Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada hakisan banteng ini termasuk kegagalan struktur benteng itu sendiri disebabkan kejadian air pasang surut selain lokasi benteng yang berada di selekoh sungai.

“Selain itu, keadaan benteng terbabit terdedah secara langsung kepada aliran air sungai kerana tiada langsung pelindung iaitu penahan seperti struktur, pokok bakau atau lain-lain pengadang yang sesuai,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!