Rider sudah ditahan - Polis

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang lelaki dikenali B Perkas Rao @ Rider, 41, diburu untuk siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah di Taman Sentosa Utama, Klang pada 26 Mei lalu.

A
A
A

KLANG - Seorang lelaki yang diburu kerana dikehendaki dalam siasatan kes pembunuhan di daerah ini akhirnya diberkas di Shah Alam, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditangkap kira-kira jam 9.50 malam.

"Kita mendapat perintah reman selama tujuh hari sehingga 14 Jun selepas dikeluarkan Mahkamah Klang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada Khamis.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang lelaki dikenali B Perkas Rao @ Rider, 41, diburu untuk siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah di Taman Sentosa Utama, Klang pada 26 Mei lalu.

Mangsa ialah lelaki tempatan berusia 34 tahun yang dipukul hingga mempunyai 27 kesan kecederaan pada seluruh badan serta patah tulang kaki kiri.