Pembekal, kontraktor lantikan JAIS ikrar bebas rasuah

Peserta terdiri pembekal dan kontraktor lantikan JAIS membaca lafaz ikrar bebas rasuah bersama SPRM pada Rabu.
Peserta terdiri pembekal dan kontraktor lantikan JAIS membaca lafaz ikrar bebas rasuah bersama SPRM pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Unit Integriti dan Tatatertib telah menganjurkan Program Integriti Bersama Pembekal/Kontraktor Dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menerusi kemas kini di Facebook JAIS memaklumkan, program berlangsung di Bilik Sakinah, Bangunan Sultan Idris Shah pada Rabu dan dihadiri 40 peserta terdiri pembekal dan kontraktor lantikan JAIS.

Menurutnya, peserta telah mengikuti taklimat berkaitan isu-isu perolehan dalam kerajaan disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Selangor, Muhamad Firdaus Musa.

Pada program sama, kesemua peserta telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh wakil kontraktor lantikan JAIS, Mohd Nasir Deraman disaksikan Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS, Mohd Faizal Abdul Raji dan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, Ridzuan Abd Malik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!