Niaga hadapan emas ditutup rendah

Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis. - Gambar hiasan
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada minggu depan.

Kontrak bulan semerta Jun 2023 turun kepada AS$1,952.60 setiap troy auns daripada AS$1,968.30 setiap troy auns pada Rabu (AS$1=RM4.61).

Sementara itu, kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, September 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,961.30 setiap troy auns.

Sejumlah sembilan lot emas diniagakan pada Khamis.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,967.35 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 7 Jun. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!