UMNO tidak rela Malaysia terjerumus konflik politik berpanjangan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahmad Zahid (kanan) pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada Jumaat. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahmad Zahid (kanan) pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] UMNO tidak akan membiarkan Malaysia terus terjerumus ke kancah konflik politik yang berpanjangan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti yang lahir atas nama kebangkitan rakyat dan maruah negara itu perlu segera bangkit menyusun langkah untuk bersama-sama menyertai politik progresif dunia masa kini.

“UMNO perlu memiliki ‘progressive nature’ atau sifat progresif ini. Dalam berpegang teguh kepada perjuangan untuk agama, bangsa dan negara, pergerakan kita ke hadapan perlu menggarap unjuran politik semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Jumaat.

Menurut Ahmad Zahid, sifat progresif tersebut juga perlu diterjemahkan dalam Kerajaan Perpaduan bagi melestarikan pembangunan negara dan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, agama serta fahaman politik.

Tambahnya, keserataan nikmat pembangunan hendaklah diagihkan dengan adil.

“Jika Semenanjung lebih berketerampilan daripada segi ekonominya, maka Sabah dan Sarawak juga berhak memperolehinya. Padamkan emosi mengenai jurang perbezaan ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, perubahan laman politik dunia dan juga di dalam negara menuntut agar UMNO segera melakukan penyesuaian yang mengambil pertimbangan masa hadapan.

Jelasnya, evolusi politik dunia kini menyaksikan banyak negara membentuk kerajaan pelbagai parti sama ada atas nama kerajaan campuran mahupun kerajaan perpaduan.

“Parti-parti politik yang sebelumnya berseteru dan tidak boleh bersama, kini bergabung membentuk kerajaan, demi rakyat,” ujarnya.

Dalam konteks Kerajaan Perpaduan pula, beliau berkata, kepelbagaian tersebut seharusnya dilihat sebagai suatu kekuatan.

“Sementara kita meraikan perbezaan dan persamaaan, UMNO akan memastikan kekuatan yang dibina ini akan tetap berpaksikan kepada asas-asas negara yang selama ini, menjadi pelindung keamanan, keharmonian dan kestabilan negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!