Dapat 'Golden Buzzer' di AGT, Putri Ariani cipta sensasi

Remaja cacat penglihatan itu tampil dengan sebuah persembahan luar biasa menerusi lagu ciptaannya sendiri, berjudul Loneliness sambil bermain piano.
Remaja cacat penglihatan itu tampil dengan sebuah persembahan luar biasa menerusi lagu ciptaannya sendiri, berjudul Loneliness sambil bermain piano.
A
A
A

BAKAT muda kelahiran Indonesia, Putri Ariani mencipta fenomena tersendiri apabila penampilannya dalam program realiti, America’s Got Talent (AGT) berjaya mencuri perhatian dunia pada Rabu.

Putri atau nama sebenarnya, Ariani Nisma Putri, 17, yang juga merupakan seorang remaja cacat penglihatan itu tampil dengan sebuah persembahan luar biasa menerusi lagu ciptaannya sendiri, berjudul Loneliness sambil bermain piano.

Persembahan itu bukan sahaja berjaya memukau penonton, tetapi juga juri program tersebut, Simon Cowell yang memuji bakat hebatnya, sekali gus memberikan Golden Buzzer buat Putri.

“Awak baru berusia 17 tahun. Awak sudah menulis lagu dan juga mempunyai suara tersendiri yang menakjubkan. Awak adalah salah seorang penyanyi terbaik yang pernah kami miliki dalam program kami,” kata Cowell.

Simon Cowell yang memuji bakat hebatnya, sekali gus memberikan Golden Buzzer buat Putri Ariani.
Simon Cowell yang memuji bakat hebatnya, sekali gus memberikan Golden Buzzer buat Putri Ariani.

Bintang berbakat hebat itu turut merakamkan ucapan terima kasihnya buat juri berkenaan yang menghargai bakat nyanyiannya dan memberi peluang kepadanya untuk melangkah ke peringkat selanjutnya dalam program terbabit.

“Terima kasih Simon Cowell untuk momen yang paling hebat dan tidak mungkin dilupakan sepanjang kehidupan saya.

“Terima kasih kerana membuatkan impian saya menjadi nyata. Tidak tahu bagaimana nak ungkapkan semua ini, tetapi apa yang berlaku benar-benar suatu magis,” ujarnya menerusi ruangan komen akaun Instagram AGT.

Ternyata kekurangan diri tidak pernah menghalang Putri untuk mengejar impiannya untuk bergelar penyanyi terkenal suatu masa nanti.

“Impian saya adalah menjadi diva terbesar di dunia seperti Whitney Houston dan memenangi Grammy Award,” katanya penuh azam.

Dalam persembahan sama, Putriturut diminta menyanyikan lagu kedua dendangan Elton John, Sorry Seems To Be The Hardest Word. Dia sekali lagi mendapat pujian daripada penonton dan juri yang memberikan tepukan sambil berdiri sebagai tanda penghormatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!