Kerajaan teruskan pemberian subsidi ayam, telur

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat.

"Setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.

"Keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ini diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia Madani," menurut kenyataan tersebut.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dilapor berkata bermula 1 Julai depan, tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan.

Menurut jawapan di Dewan Rakyat, subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun dan pengapungan harga bermula pada 1 Julai.

Mohamad memaklumkan menerusi jawapan lisan menjawab pertanyaan kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung tempoh harga ayam dan telur akan diapung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!