Tok Gajah bangkit bikin Jang gigit jari

Aksi Liga Super antara Sri Pahang dan Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. -FOTO: FB SRI PAHANG FC
Aksi Liga Super antara Sri Pahang dan Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. -FOTO: FB SRI PAHANG FC
A
A
A

SRI Pahang FC menampilkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Negeri Sembilan FC, 4-3 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi.

Ketinggalan 1-3 selepas tamat aksi separuh masa pertama ternyata tidak mematahkan semangat skuad Tok Gajah untuk mengutip tiga mata berharga di laman sendiri.

Tempoh 10 minit terakhir perlawanan menjadi detik penting buat Pahang apabila memperoleh tiga gol termasuk jaringan kemenangan menerusi Kpah Sherman pada masa kecederaan.

Negeri Sembilan terlebih dahulu bermula cemerlang apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan.

Dua gol Negeri Sembilan masing-masing dijaringkan oleh Levy Clement dan Shahrel Fikri Md Fauzi seawal minit kelapan dan minit ke-15.

Brundo menyumbang dua gol buat Sri Pahang ketika aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi.
FOTO: FB SRI PAHANG FC
Brundo menyumbang dua gol buat Sri Pahang ketika aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. FOTO: FB SRI PAHANG FC

Tersentak dengan dua gol awal pasukan pelawat, Sri Pahang mula mengatur rentak permainan apabila pertahanan import, Stefeno Brundo menjaringan gol hasil sepakan penalti pada minit ke-23.

Seminit sebelum itu, Sri Pahang berjaya merobek gawang Negeri Sembilan, namun jaringan Michael Glassock dibatalkan susulan ofsaid.

Casangrande kembali meletakkan Negeri Sembilan kembali selesa di depan apabila meledak gol ketiga skuad Jang pada minit ke-24.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang tampak lebih banyak memberi tekanan kepada pelawat, namun barisan pertahanan mereka kental menafikan tambahan jaringan tuan rumah.

David Rowley kembali menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol kedua Pahang pada minit ke-80 sebelum Brundo menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan percuma berselang sembilan minit kemudian.

Sherman akhirnya muncul wira apabila meledak gol kemenangan Tok Gajah menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!