Janji Chong Wei buat isteri
JAGUH perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui bersyukur dipertemukan dengan isterinya, Datin Wong Mew Choo dalam hidupnya.
Memetik status di Instagram peribadinya, Chong Wei berkata semalam merupakan hari paling bermakna buat isteri beliau apabila menyambut ulang tahun ke-36.
Perkenalan sejak zaman remaja, membuatkan beliau yakin wanita itu insan yang tepat untuknya dan merupakan sumber inspirasi untuk terus berjaya sehingga kini.
"Dia menjadikan saya seperti hari ini, saya terhutang budi kepadanya," katanya.
Pengorbanan Mew Choo melahirkan dua zuriat comel, menjaganya ketika sakit membuatkan ikatan kasih sayang antara mereka bertambah erat.
"Saya berjanji tidak akan meninggalkan kamu malah akan menyambut setiap ulang tahun kelahiran bersama," katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen terharu dan mengambil peluang menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat isterinya dan mendoakan mereka kekal bahagia selamanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Tak pernah kesal, sedih miliki anak autisme'
21 Oktober 2024 10:07amIbu bapa, guru waspada reka bentuk terkini vape
06 Oktober 2024 09:53amUrus jenazah biar ada ilmu
30 September 2024 07:20amWanita cemas berdepan provokasi pemandu Toyota
18 September 2024 09:26am[VIDEO] Hidap lima penyakit kronik, ibu sumber kekuatan Iwan
08 September 2024 08:10amEropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
22 November 2024 09:00amKontroversi 'lelaki bertelekung' tunai umrah
22 November 2024 08:10amPN setuju kembali ke meja rundingan
22 November 2024 08:00amHarga santan cecah RM16 sekilogram
22 November 2024 07:20am[VIDEO] Dadah: Pasangan suami isteri, rakan berdepan hukuman mati
22 November 2024 10:04am