PM ajak warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar

Anwar menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ahad. - Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ahad. - Foto FB Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) pada Ahad.

Anwar menerusi catatan di Facebook beliau berkata, orang ramai boleh membuat pendaftaran untuk menghadiri sesi itu menerusi laman web www.temuanwar.com.

"Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para peserta yang hadir. Kita jumpa esok (Ahad)!" katanya.

Berdasarkan poster dalam hantaran itu, sesi berkenaan dijadualkan berlangsung pada 3 petang di Dewan Tuanku Syed Putra USM. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!